• Jonathan Shiek

Akibat Hadir Festival Keagamaan Di Sg. Ganges, India Kini Hadapi ‘Tsunami’ Covid

INDIA: Beberapa hari lalu, India telah merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 yang semakin mendadak. Angka positif telah melebihi 300,000 untuk hari yang keenam berturut-turut.

Peningkatan kes dikatakan akibat rakyat India menghadiri festival keagamaan di Sungai Ganges tanpa mengenakan pelitup muka atau menjaga penjarakan sosial.

Sebelum ini, difahamkan seramai lima juta penduduk India telah menghadiri festival keagamaan di Sungai Ganges tanpa memakai pelitup muka apatah lagi mengamalkan protokol kesihatan yang disarankan WHO sebelum ini. Selepas hari upacara keagamaan di sana, India berdepan dengan gelombang baharu ibarat ‘tsunami’ dengan mencatatkan kes sebanyak 250 ribu positif Covid-19.

Kesan daripada itu, terdapat beberapa buah negara telah mengambil keputusan untuk menyekat kemasukan rakyat India ke negara masing-masing termasuklah Thailand, Singapura, Bangladesh, Autsralia dan Britain.

Sumber: Google



Peningkatan drastik ini telah mengakibatkan ribuan rakyat India terkorban, dan bantuan bekalan oksigen dan hospitaliti juga tidak mencukupi bagi menempatkan pesakit-pesakit di rumah sakit.

Ada laporan mengatakan India bakal mencecah kes harian sebanyak 500, 000 menjelang Mei.



La desgarradora crisis que vive #India por una nueva ola de #Covid-19: Los servicios de salud están al límite y los… Posted by El Universal Online on Monday, April 26, 2021
0 views0 comments