• shafika9

Akibat Disengat Lebah, Hampir Puluhan Penguin Kini Ditemui Mati

Penguin kini diklasifikasi antara spesies haiwan yang terancam

Kredit foto: Jiwa Sihat


Sebanyak 63 penguin Afrika ditemukan mati akibat disengat sekawan lebah di bahagian selatan Cape Town, kata Persatuan Pemuliharaan Burung. Ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku di Pantai Boulder, kawasan yang sering dikunjungi pengunjung.


Bangkai penguin bersama lebah dijumpai di kawasan pesisir pantai Bandar Simon, pada Isnin lalu. Hasil bedah siasat yang dilakukan menemukan kesan disengat lebah pada bangkai penguin di bahagian mata dan sayap sirip. Terdapat seekor penguin didapati disengat sebanyak 27 kali.


Penguin Afrika diklasifikasi antara spesies yang terancam kerana dianggarkan kira-kira 50,000 ekor di seluruh dunia pada masa kini. Siasatan berhubung kejadian masih dilakukan pegawai daripada Agensi Taman Negara Afrika Selatan (SANParks) masih lakukan dan menyatakan lebah selalunya tidak akan menyerang penguin. “Berkemungkinan sarang lebah diganggu menyebabkan ia menjadi agresif, “ kata seorang ahli biologi marin yang bertugas di SANParks, Dr Alison Kock.


Sumber artikel asal dari Astro Awani

5 views0 comments