• Syaziyah Md Sharif

Akibat Bergambar Di Lorong Kecemasan, Kelab Kereta Kini Disiasat PDRM

Mereka dipercayai sedang 'berkonvoi' di Jalan Temiang-Pantai

Kredit Foto: Facebook

Susulan gambar beberapa buah kereta berkumpul di lorong kecemasan di Jalan Temiang-Pantai tular dalam media sosial Facebook, Twitter dan TikTok, sekumpulan individu yang dipercayai ahli kelab kereta tersebut telah dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, tindakan itu dibuat selepas pihaknya mengesan hantaran menerusi Facebook yang memaparkan sekumpulan individu daripada kelab kereta ‘FCCM-FC Club Malaysia’ memberhentikan kereta untuk bergambar di lebuh raya berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang, Sabtu lalu.


“Polis akan panggil ketua kelab itu dahulu untuk memberi keterangan, kita sudah kenal pasti kira-kira 48 buah kereta setakat ini.


“Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah seperti yang tular itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Mohd. Fazley, jalan Temiang-Pantai merupakan lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit tetapi tindakan mengambil gambar seperti yang tular itu boleh mengundang bahaya.




Sumber: Kosmo!




14 views0 comments