• shafika9

Akhirnya Trailer Rasmi ‘Spider-Man : No Way Home’ Telah Pun Keluar

Updated: Sep 17, 2021

https://www.youtube.com/watch?v=WgU7P6o-GkMMesti peminat Marvel Studios tak sabar nak menonton filem ini nanti

Kredit foto: Spider-Man : No Way Home


Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan oleh para peminat filem Marvel Studios, telah pun terjawab pada hari ini. Apabila pihak Sony Pictures telah pun mula berkongsikan trailer rasmi ‘Spider - Man : No Way Home’. Ini merupakan filem ketiga buat karater Spider-Man sejak ia mula diambil alih dibawah produksi Marvel Cinematic Universe, dinama ia dilakonkan oleh pelakon terkenal pada masa kini iaitu Tom Holland.


Berdasarkan melalui trailer ini, ia adalah sambungan untuk filem Spider-Man sebelum ini di mana identiti Peter Parker sebagai Spider-Man telah mula terbongkar. Beliau telah bertemu dengan Doctor Strange untuk meminta bantuan supaya masyarakat lupa siapa identiti sebenar Spider-Man. Strange berkata ia boleh dilakukan dengan menggunakan satu ancient spell. Tapi ia turut memberikan kesan buruk akibat penggunaan ancient spell tersebut.


Setakat yang dilihat dari trailer tersebut, watak antagonis dari filem Spider-Man 2, Doctor Octopus dan Spider-Man, Green Goblin turut muncul buat filem ‘Spider-Man : No Way Home’ kali ini. Konsep multi-verse telah mula didedahkan, dan semestinya ramai peminat mula tertanya-tanya adakah watak lama Spider-Man akan mula muncul nanti dalam filem kali ini?.Walau apapun, mari kita sama-sama tunggu dan lihat filem ini nanti !. Bagi siapa yang tak lihat lagi trailer filem Spider-Man : No Way Home’ ini boleh menonton dibawah ini.





3 views0 comments