• Jonathan Shiek

Akaun JAKIM Dikecam Sehingga ‘Trending’? Kenapa Ya?

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba perkataan JAKIM menjadi trending nombor satu di laman Twitter?

Kenapa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia boleh trending ya?

Selepas membuat tinjuan rupanya, ramai netizen yang tidak puas hati dengan tweet ini;

Daripada Abi Bakrah RA, bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sultan (Pemerintahan) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinanya." pic.twitter.com/AmsXC6h65i — JAKIM (@MyJAKIM) June 2, 2021

Tweet tersebut mendapat lebih 3K retweet tetapi yang banyaknya adalah netizen mengatakan hadis ini merupakan hadis yang dhaif.

Kebanyakan mereka dalam keadaan keliru kerana mereka merasakan tidak ada keperluan untuk laman sosial yang mempunyai kredibiliti tinggi berkongsi sesuatu yang boleh dikatakan ‘lemah’.

Lebih mengelirukan, ada juga netizen yang berkongsi kenyataan bahawa hadis ini dhaif diambil dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan sendiri;

Mohon komen dari JAKIM berkenaan penjelasan dari pejabat mufti wilayah persekutuan berkenaan hadith ni.https://t.co/MRzQSgLlyC pic.twitter.com/EzO2OdzDj7 — Fitri Mn (@fitriiiiiimn) June 3, 2021

Jadi apakah pencerahan daripada pihak JAKIM? Sama-samalah kita tunggu…

0 views0 comments