• Jonathan Shiek

Aiskrim Zaman Kanak-Kanak Kita Kini Kembali!

Masa zaman sekolah dulu korang ada tak makan aiskrim Solero Shots? Ala yang dalam bekas dan ada bola-bola kecil tu!

Ha kalau korang nak tahu, aiskrim yang seperti itu telah dijual semula!

Menurut sebuah posting di laman Twitter @VisitJohor_ , aiskrim berjenama Paddle Pop itu kini telah dijual di semua kedai 7 Eleven!

Kalau korang masih ingat dulu2 masa kecik mesti pernah layan aiskrim Solero yang biji biji hijau tu, kali ini Walls keluarkan edisi Paddle Pop Shots Fruity Power yang boleh didapati dekat kesemua 7 Eleven satu Malaysia mulai hari ini! pic.twitter.com/nBFtJ0pKkz — V I S I T J O H O R (@visitjohor_) December 27, 2020

Seronoknya! Kena cari 7 Eleven terdekat ni! Nak mengimbau zaman persekolahan.

Korang dah try belum? Cuba komen sikit!

0 views0 comments