• Syaziyah Md Sharif

Air Banjir Luar Biasa, Jernih Seperti Kolam Renang!

Bersih betul!

Sebuah video memaparkan keadaan banjir yang melanda sebuah daerah di Indonesia baru-baru ini menjadi tular kerana keadaan airnya yang jernih serta turut mempunyai pemandangan yang indah.


Video pendek yang dimuat naik oleh @/salam_kawanua di TikTok itu dipercayai mengambil tempat di Minahasa, Sulawesi Utara dan setakat ini, video tersebut telah mencapai 27 juta tontonan serta 2.4 juta tanda suka!





“Banjirnya menimbulkan rasa suka,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik bersama video itu.


Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat air banjir di kawasan itu amat jernih dan bersih.


Bahkan, orang ramai masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa biarpun terpaksa mengharungi air banjir setinggi paras lutut orang dewasa.


Pemandangan banjir ‘luar biasa’ itu mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen dengan rata-rata memuji penduduk di situ yang terbukti pandai menjaga kebersihan kawasan.


Cantik betul!

10 views0 comments