• Jonathan Shiek

Aina Abdul Kongsi Suka Duka Dirinya Dalam Lagu ‘Sepi’

Aina Abdul, seorang penyanyi yang popularitinya semakin melonjak kerana vokal yang mantap itu kini mengeluarkan lagu baru yang berjudul ‘Sepi’.

Aina menjelaskan pemilihan lokasi itu adalah kerana dia ingin mengajak peminat serta pendengar agar mendalami kisah suka dan duka sebelum dirinya berada sehingga ke tahap ini.

Dia yang dahulunya pernah bekerja sebagai penyanyi di kelab, restoran dan lounge ini berkata bahawa lokasi kelab malam itu bersesuaian dengan jalan cerita lagu itu yang mengisahkan kisah hidupnya sebelum bergelar penyanyi arus perdana atau ‘mainstream’.

Beliau juga berkongsi bahawa persekitaran lokasi tersebut adalah amat dekat dengan penceritaan lagu Sepi di mana dia berusaha untuk mencari identiti sendiri dalam bidang nyanyian serta meneroka ke dunia seni dengan lebih luas lagi.


View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Video muzik sepi kini telahpun mecapai 380,000+ views di YouTube!

Jom kita layan lagu ‘Sepi’ ini;




#AinaAbdul #Sepi

0 views0 comments