• Jonathan Shiek

Ahli Keluarga Kenang Peristiwa MH17, Netizen Turut Sama Berduka

17 Jun 2014 merupakan hari yang gelap bagi rakyat Malaysia,  Penerbangan Malaysia Airlines MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine dan dipercayai bahawa Boeing 777 terkena peluru berpandu yang dibekalkan kepada pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine.

Kejadian ini yang berlaku pada tahun yang sama dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 secara misteri dan meragut nyawa 298 penumpang dan anak kapal, di mana 43 daripadanya adalah rakyat Malaysia.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-7 kejadian malang ini berlaku, tahun ini  hashtag (#MH17) menjadi trending di Twitter dan kebanyakkannya memperingati insiden penembakan pesawat yang cukup tragis ini.

Walaupun terdapat liputan minimum ulang tahun ke-7 penembakan MH17, ramai rakyat Malaysia mengunjungi laman media sosial untuk menyatakan kesedihan mereka.

Today, 7 years ago.. 17 July 2014 #MH17 Al-Fatihah 🤲🏻 pic.twitter.com/amjOXH5xNC — •ᴥ• 피카 ♡︎⁹ (@daisylovelyyss) July 17, 2021

Pada hari gelap ini, ahli keluarga masih terkesan dengan kehilangan orang yang mereka sayangi akibat kejadian ini.

Menurut Free Malaysia Today, adik pegawai pertama MH17, Ahmad Hakimi Hanapi, Husna tidak pernah berhenti memikirkannya.

Mengingatkan kembali momennya bersama abangnya, Husna berkata, “Saya dan keluarga masih terkejut dan sedih dengan MH17. Perasaannya masih sama seperti pada hari ia berlaku. Tidak ada yang berubah. Kami masih berusaha sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan sebagai sebuah keluarga. Saya akan selalu mengingatnya sebagai saudara yang baik. Walaupun dia yang sulung dalam keluarga, dia adalah abang kepada kami semua. Dia menjaga segalanya untuk ibu bapa saya. Kami sangat merindukannya. ”

Sumber: Hype.my, FMT

1 view0 comments