• Jonathan Shiek

Agong Zahir Ucap Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang CAT

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nur Athirah Mohamad Zaini dan Putera Aiman Abdul Rasyid di atas kejayaan mereka tersenarai dalam kedudukan kedua dunia selepas memperolehi markah tinggi bagi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT).

Menerusi laman Facebook, Seri Paduka Baginda mengucapkan tahniah kepada dua pelajar yang telah mengharumkan nama Malaysia itu.



7 Februari 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Nur Athirah binti… Posted by Istana Negara on Sunday, February 7, 2021

Seri Paduka Baginda turut bertitah semoga kejayaan kedua-dua pelajar itu menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat, khususnya golongan belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kecemerlangan di dalam bidang masing-masing.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nur Athirah dan Putera Aiman serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

Nur Athirah dan Putera Aiman, masing-masing berusia 19 tahun berkongsi tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records (FA2).

Mereka menduduki peperiksaan itu pada bulan Disember lepas. Nur Athirah merupakan anak jati Pahang dan penuntut di INTEC Education College di Shah Alam, Selangor, manakala Putera Aiman merupakan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam.

#cat

0 views0 comments