• Jonathan Shiek

Agnes Monica Dan Ariel Noah Sedang Bercinta?

Menurut portal Detik Hot, terdapat desas-desus mengatakan kedua penyanyi tersohor Indonesia itu kini sedang hangat bercinta selepas kedua-dua mereka menjadi juri dalam sebuah program nyanyian.

Lebih meyakinkan lagi, gambar mereka yang sedang berpegang tangan juga sudah tersebar!

Selain itu, para peminat mula berspekulasi bahawa pencipta lagu “Separuh Aku” kini sedang bercinta dengan penyanyi sensasi kelahiran Indonesia itu.

Pada masa yang sama, posting Agnes di akaun Instagramnya awal minggu ini juga mendapat perhatian. Dalam posting itu, dia memuat naik sebuah gambar dengan caption seolah-olah dia sedang jatuh cinta.

Dalam ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan yang Agnes kini sedang dalam hubungan dengan Ariel Noah. Menariknya, komposer popular Melly Goeslow juga meninggalkan komen.

Melly komen dengan lirik lagu Ariel yang berjudul “Ini Cinta”, yang kemudiannya dibalas oleh Agnes dengan “Ruuuun,” disertai dengan emoji berlari, tertawa dan memerah. Lihat beberapa komen lain di sini:


View this post on Instagram

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo)


#agnesmonica #arielnoah

0 views0 comments