• Syaziyah Md Sharif

Adik Berusia 16 Tahun Menjadi Wali Kepada Kakaknya

"Terima kasih adik..jadi wali kakak"

Setelah kehilangan bapanya, seorang pengantin perempuan memberikan tanggungjawab untuk menjadi wali kepada adiknya yang berusia 16 tahun.


Pengguna TikTok dengan nama @/ctnurulasyiqin berkongsi video dimana adiknya yang baru sahaja berusia menjadi wali di hari bahagianya, video tersebut mendapat lebih 480K tontonan dan lebih 74K tanda suka.



Video tersebut menarik perhatian netizen kerana kelihatan adik bongsunya itu sedikit gugup namun dia masih berani untuk menjalankan tugasnya sebgai seorang wali kepada kakaknya.


Dalam video tersebut juga, kakanya berseloroh adiknya terlalu gementar sehinggakan dia tidak lalu makan dan tidak tidur seperti dia pula yang bakal berkahwin.


Rata-rata netizen tersentuh dan kagum dengan kematangan adiknya tersebut. Ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama.


Tahniah kepada pengantin!

12 views0 comments