• Jonathan Shiek

Adibah Noor Betulkan Sebutan Bahasa Inggeris Rina Harun

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun kembali menjadi buah mulut warganet selepas dilihat sedikit kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris di dalam sebuah persidangan secara ‘online’ itu.

Pelakon dan pengacara terkenal, Adibah Noor mengambil inisiatif untuk membetulkan sebutan (pronounciation) menteri itu menerusi sebuah video di lama Twitter beliau.

Di dalam video itu, Adibah berkata teks ucapan itu adalah sebuah teks yang sangat bagus dan berharap beliau sendiri dapat membacanya.

Menerusi video itu juga, Adibah memberitahu tujuan video itu adalah untuk mengajar sahaja.

#pronunciation#BetulkanYangBiasa#BiasakanYangBetul pic.twitter.com/fQA2JUH8Hh — ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) February 15, 2021

Perkongsian video itu menerima lebih 6K retweet dan 9K likes.

Untuk pengetahuan umum, sebelum menceburi bidang seni, Adibah Noor merupakan seorang guru Bahasa Inggeris.

#adibahnoor #rinaharun

1 view0 comments