• shafika9

Adakah Penguin Merupakan Haiwan Makhluk Asing ?

Bagaimana pendapat korang, ada nampak penguin ini macam makhluk asing ?

Kredit foto: AZ Cleantech


Terdapat sekumpulan saintis percaya bahawa penguin ini merupakan makhluk asing yang datang dari Planet Zuhrah selepas menemui sejenis bahan kimia yang berasal dari planet tersebut dalam najis haiwan tersebut. Para saintis turut mengakui tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan kimia bernama fosfin itu boleh wujud di Bumi.


Bahan kimia tersebut pada tahun lepas ditemui pada lapisan gas yang mengelilingi Zuhrah. Planet itu mempunyai atmosfera serupa dengan Bumi. Dengan itu, mereka merancang untuk mengkaji cara hidup penguin spesies Gentoo yang kebiasaanya terdapat di Kepulauan Falkland.


“Kami percaya bahawa dengan penemuan fosfin adalah benar, namun masih tidak mengetahui punca kepada wujudnya unsur tersebut. Ia mungkin berkaitan dengan pertahanan atau memberi isyarat bagi melawan bakteria pesaing,” ujar Dr.Dave Clements dari Kolej Imperial London.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


7 views0 comments