• Jonathan Shiek

Adakah ‘No Way Home’ Filem Terakhir Tom Holland Sebagai Spider-Man?

Tom Holland telah mendedahkan bahawa kontrak untuk bermain Peter Parker akan berakhir setelah Spider-Man: No Way Home ditayangkan.

Pelakon itu telah berlakon menjadi Spider-Man dalam dua filem sebelumnya, serta muncul dalam Captain America: Civil War dan dua filem Avengers.

Selepas tajuk bagi sekuel Spider-Man seterusnya diumumkan sebagai ‘No Way Home’, peminat dikejutkan dengan berita mengenai Tom Holland yang mengesahkan bahawa filem ini merupakan pembabitannya yang terakhir sebagai adiwira itu.


View this post on Instagram

A post shared by Tom Holland (@tomholland2013)


Menurut Holland di Collider kontraknya akan tamat selepas filem ini bagaimanapun itu tidak bermakna dia akan ‘menggantungkan’ sut tersebut buat selama-lamanya. Ini kerana dedah Holland, hidupnya berubah sejak ‘menjadi’ Spider-Man dan bersedia untuk kembali pada bila-bila masa.

Dalam perkembangan lain, menurut sumber Holland dikhabarkan akan terus memegang watak ini kelak memandangkan filem Spider-Man antara filem Marvel Studios dan Sony yang berjaya mengutip rekod kutipan yang memberangsangkan. Sekiranya perjanjian antara dua syarikat ini terus berkekalan, Holland juga akan turut berada dalam senarai.

Tom Holland berkata,

“[Spider-Man 3] akan menjadi filem terakhir saya [di bawah kontrak] jadi saya selalu berkata kepada mereka jika mereka mahu saya kembali saya akan berada di sana dalam sekelip mata.

Saya sukai setiap minit menjadi sebahagian daripada dunia yang menakjubkan ini. Ini mengubah hidup saya menjadi lebih baik, saya sangat bertuah dapat berada di sini.

Sekiranya mereka menginginkan saya kembali, saya akan berada di sana, jika tidak, saya akan pergi ke arah matahari terbenam sebagai orang yang sangat, sangat gembira kerana ini adalah perjalanan yang luar biasa.”




Sumber: Collider

0 views0 comments