• shafika9

Adakah Makan Sosej Boleh Memendekkan Umur ?

Pasukan penyelidikan kesihatan mendapati ia boleh memendekkan umur seseorang individu tersebut

Adakah korang pernah mendengar bahawa makan sosej ini boleh memendekkan umur seseorang manusia ? pada kita ia mungkin satu perkara tidak masuk akal, kerana ia hanyalah sebuah makanan biasa dan tidak dianggap sebagai satu perkara yang bahaya. Tapi menurut dari pasukan penyelidik kesihatan di Universiti Michigan mendapati makan sepotong sosej boleh mengurangkan usia seseorang individu tersebut sebanyak 36 minit.


Pasukan penyelidik mengkaji sebanyak 5,853 jenis makanan yang diambil oleh warga Amerika Syarikat (AS) dan mengukur berdasarkan khasiat dan kesannya dalam kiraan minit. Ia mengikutkan dari indeks nutrisi yang mengira manfaat atau kesan dalam minit kehidupan sihat yang dikaitkan dengan hidangan makanan.


Berdasarkan kajian yang dikenali sebagai Global Burden of Disease yang mengukur tahap morbidit berkaitan dengan pilihan makanan seseorang. Indeks itu meneliti makanan yang meningkatkan atau menurunkan jangka hayat penduduk.


“Misalnya dengan pengambilan daging proses dapat mengurangi 0.45 minit kehidupan manusia namun makanan sihat seperti buah-buahan mampu menambah 0.1 minit hidup lebih lama bagi setiap gram” kata Jolliet merupakan pakar penyelidikan kajian makanan.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


0 views0 comments