• Jonathan Shiek

Adakah Henry Golding Bakal Menjadi ‘James Bond’ Asia Yang Pertama?

Nama pelakon tampan kelahiran Malaysia, Henry Golding dikhabarkan dalam pertimbangan untuk melakonkan watak ikonik James Bond sekali gus berkemungkinan menjadi ‘James Bond Asia’ pertama.

Filem aksi terbaharunya, Snake Eyes: GI Joe Origins, dikatakan menguatkan portfolio anak kelahiran Betong, Sarawak itu untuk memainkan watak perisik terkenal Hollywood dalam jenama ikonik 007.

Ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara, Watch What Happens Live with Andy Cohen, Henry menjawab tentang kemungkinan namanya mungkin antara yang berpeluang untuk diangkat menjayakan karakter James Bond.

“Saya rasa mereka (pihak produksi) sedang mencari calon lain dan sudah tentu, mereka yang layak dan berkebolehan ingin sekali terlibat memainkan peranan itu,” kata Henry, 34.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Henry merupakan antara pelakon yang sedang dalam pertimbangan untuk menggalas watak James Bond apabila Daniel Craig ‘bersara’ selepas filem terakhirnya, No Time To Die ditayangkan September ini.

Biarpun belum mengiyakan mahupun menidakkan tentang persoalan sama ada dia akan menjawat peranan tersebut, jelas kelihatan, Henry tidak akan menolak sekiranya ditawarkan peluang keemasan berkenaan.

Hm, seronok juga nak tonton James Bond kalau Henry Golding berlakon…

Sumber: Kosmo!

0 views0 comments