• Jonathan Shiek

Ada Skim Pelaburan Palsu Membabitkan I-Sinar! Jaga-jaga Semua!

Pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mula diluluskan untuk meringankan beban rakyat.

Namun, terdapat beberapa laporan mengenai pelaburan palsu yang berkaitan dengan bantuan I-Sinar ini.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan taktik ini dengan adanya promosi di facebook, Telegram dan juga Whatsapp.

Penipuan ini dilakukan oleh pihak tidak bertangunggjawab dengan menipu mangsa dan menyamar sebagai pegawai KWSP.

Mereka juga meminta bayaran agar proses pengeluaran lebih mudah.

PDRM menasihatkan supaya berjaga-jaga dan terus berhubung dengan pihak KWSP mengenai I-Sinar.


View this post on Instagram

A post shared by Polis Diraja Malaysia (@pdrmsia_official)

Sumber: Instagram PDRM

1 view0 comments