• Jonathan Shiek

Ada ‘Ikan Duyung’ Berenang Di Dalam Air Banjir

Seorang lelaki di Glasgow, Scotland terkejut melihat kelibat seekor ‘ikan duyung’ yang berenang ketika banjir di bandar tersebut. Ikan duyung itu adalah seorang wanita yang memakai kostum tersebut berwarna biru terang. Dia berenang di dalam air banjir hadapan sebuah bangunan flat di situ.

I absolutely love my neighbourhood of Battlefield. Mermaid was out today in the flash floods. Hope those affected by the floods are ok. Brilliant image by Gavin Millar#mermaidsandstuff #mermaids#flashflood #glasgow pic.twitter.com/BW9RmzG7sL — Stephen Morrison (@HowManyMiles_) August 8, 2021

Banjir besar melanda Glasgow apabila sistem perparitan melimpah selepas hujan lebat turun sepanjang hujung minggu lalu. Disebabkan itu, jalan-jalan di sekitar Glasgow ditenggelami air. Sebahagian besar di Scotland dilanda cuaca buruk yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. 

“Banyak laporan berkenaan banjir dan oleh sebab itu, ia dianggap sebagai musim panas yang buruk,” kata pegawai Pejabat Metereologi, Becky Mitchell.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments