• Syaziyah Md Sharif

Acara Amal ‘Shoebox Christmas’ Mengukirkan Senyuman Kepada Yang Memerlukan

Ia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Sunway Student Volunteers

Selepas 6 tahun meneruskan legasi Shoebox Christmas, Sunway Student Volunteers (SSV) telah mengadakannya sekali lagi untuk tahun 2021 sempena perayaan Krismas, Shoebox Christmas merupakan acara utama tahunan SSV di mana mereka menggunakan semula kotak kasut dan mengisinya dengan hadiah berasaskan pendidikan untuk kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan.


Selepas berbulan-bulan perancangan dan pelaksanaan, Shoebox Christmas 2021 telah berjalan dengan jayanya atas hasil usaha ahli jawatankuasa dan ia bukanlah suatu perjalanan yang mudah, tetapi ia sangat berbaloi kerana ia membawa senyuman dan kegembiraan kepada kanak-kanak dan keluarga yang kurang berkemampuan.


Tahun ini, SSV menyasarkan sebanyak 16 kawasan penerima manfaat dengan pelbagai jenis komuniti termasuk anak yatim, Orang Asli, pelarian, kanak-kanak kurang upaya dan keluarga berpendapatan rendah. Beberapa penerima manfaat termasuk Kaizen Children Home, Penempatan Orang Asli Pulau Carey, Kem Pelarian Muslim Myanmar, Rumah Kanak-Kanak Cacat dan Kurang Upaya Kirtarsh dan HOPE Worldwide.


Senyuman pada wajah penerima semasa pengagihan hadiah sudah pasti membuktikan acara ini berjaya. Dengan serangan berterusan daripada pandemik Covid-19 dan banjir baru-baru ini, SSV gembira dapat menjadi penyeri cahaya dalam masa yang sukar ini.


"Anda boleh nampak hari ini bahawa mereka teruja dan sangat berterima kasih kepada anda semua yang benar-benar menyertai mereka." - HOPE Worldwide

“Kalau boleh sila berteruskan and datang lagi. Barang ini berguna untuk IQ kanak kanak dan membantu membuka minda mereka " - Persatuan Rumah Kebajikan Hajah Kamariah


Tahniah SSV!


5 views0 comments