• Jonathan Shiek

Abang ‘GrabFood’ Hantar Makanan Dengan Menaiki Kereta ‘Sport’

Baru-baru ini, salah seorang GrabFood telah menerima kejutan dari seorang pelanggan ini. Pada mulanya, abang GrabFood berkenaan cuma menghantar sahaja pesanan tersebut kepada pelanggan tersebut. Kemudian, perkara yang tak disangka-sangkakan pelanggan berkenaan mengajak abang GrabFood itu menaiki sebuah kereta McLaren 720S yang hampir bernilai lebih dari RM 1 juta. Siapalah yang tak nak cuba naikkan kalau dah diajak, betul tak ?


Bukan senang nak dapat peluang keemasan ini, lagi-lagi dapat menaiki kereta idaman buat kebanyakkan orang. Pelanggan berkenaan bersama abang GrabFood dengan menaiki kereta mewah telah menghantar ke satu lokasi. “Naik kereta ini ? Saya pun takut,” ujar abang GrabFood yang agak terkejut dan terpegun pada masa yang sama. 

Rata-rata para netizen memuji dengan sikap pelanggan tersebut yang baik hati dan memberi kesempatan buat abang GrabFood itu untuk merasai naik kereta McLaren 720S. Setelah selesai menghantar makanan kepada pelanggan seterusnya. Pelanggannya itu turut mengambil kesempatan untuk bergambar dengan kereta tersebut.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments