• Jonathan Shiek

Abang Bomba Selamatkan Lelaki Dari Bunuh Diri Sebab Dikecewakan Oleh GF

Kejadian yang berlaku di Seksyen 2, Wangsa Maju, KL disebabkan ingin bunuh diri kerana dikecewakan oleh teman wanitanya pada kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan pantas oleh anggota bomba dapat mematahkan cubaan lelaki tersebut. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menyatakan bahawa mereka ada terima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 11.58 pagi.

Ketika anggota bomba tiba di lokasi, didapati warga tempatan berusia 26 tahun itu sedang berdiri di bangku balkoni tingkat 16 di unit kondominium tersebut. 

Menurut dari Kosmo, Anggota di lokasi kemudiannya mula pujuk mangsa untuk batalkan niat lelaki tersebut pada jam 1.30 petang dan akhirnya berjaya dengan bantuan unit High Rise Rescue Team (HRRT).


Cubaan anggota bomba menyelamatkan mangsa dari tingkat 17 ke tingkat 16 menggunakan tali keselamatan yang telah diikat rapi. Sebelum anggota bomba terjun masuk ikut balkoni luar untuk menyelamatkan mangsa.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan awal terhadap punca masalah peribadi lelaki berkenaan.  Lelaki tersebut kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut bagi siasatan awal berhubung kejadian yang dia telah lakukan.

Sumber artikel asal Kosmo!

#bomba #bunuhdiri #cubaan

0 views0 comments