• Jonathan Shiek

“90 Peratus Penerbit Muslim, Suruh Saya Buka Tudung”-Mia Sara

Pelakon kanak-kanak terkenal Mia Sara, mula memakai tudung ketika umurnya baru sahaja 10 tahun. Beliau bercerita mengenai masalah yang dihadapinya seketika beliau mula bertudung.

Dalam sebuah wawancara dalam rancangan di stesen TV AlHijrah, Mia berkongsi pengalamannya menjadi pelakon yang berhijab. Pada mulanya, beliau hanyalah pelakon kanak-kanak dan apabila meningkat dewasa, beliau membuat keputusan untuk berhijab.

Atas sebab itu, ramai penerbit filem dan TV lebih mengenalinya tanpa hijab. Lebih menyedihkan lagi, beliau berkongsi bahawa lebih kurang 90 peratus penerbit adalah Muslim tetapi mereka tidak menghormati keputusan Mia untuk bertudung.

Beliau juga berkongsi, banyak kali beliau disuruh untuk menanggalkan tudung jika beliau mahukan sesebuah watak itu. Kerana itu juga, tawaran lakonan untuk beliau semakin berkurangan.

Beliau juga berkongsi, walaupun telah lama bertapak dalam industri beliau masih tersinggung kerana mereka seakan tidak faham tentang keutamaan Mia. Beliau juga risau akan nasib pelakon-pelakon baru yang mempunyai masalah sepertinya.

#miasara

0 views0 comments