• shafika9

8 Lelaki Tarik Pesawat Kargo Terbesar Di Dunia

Hebat betul manusia boleh tarik kapal terbang kargo !


Kredit foto: Utusan Malaysia


Sekumpulan lapan lelaki di ukraine berjaya mencipta rekod negara baharu selepas berjaya menarik pesawat kargo terbesar dan paling berat di dunia dengan menggunakan tali saja. Kalau diikutkan agak mustahil manusia biasa untuk menarik sebuah kapal terbang kargo, lagi pula ia merupakan paling berat di dunia.


Tetapi lelaki berkenaan yang merupakan ahli bina badan dapat menarik pesawat kargo Antonov An-225 Mriya seberat 28,499 kilogram (kg) sejauh 4.26 meter. Pesawat Antonov An-225 Mriya itu dibina pada tahun 1988 di Kesatuan Soviet.


Kumpulan lelaki berkenaan berjaya melakukan aksi tersebut dalam masa satu minit dan 14 saat. Aksi tersebut diadakan di landasan Lapangan Terbang Hostomel di barat laut Kiev. Kejayaan itu sempena sambutan kemerdekaan Ukraine ke-30, diisytiharkan sebagai rekod baharu di negara itu.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia




2 views0 comments