• Jonathan Shiek

8 Fakta Menarik Mengenai Quokka & Antara Haiwan Paling Gembira Di Dunia

Adakah korang pernah melihat haiwan ini dalam kehidupan? Haiwan ini kebiasaan akan dilihat, hanya di Australia saja. Bukan saja haiwan kanggaru dan beruang koala saja yang popular di negara Australia ini. Haiwan Quokka yang jarang didengar oleh orang ramai dan kini semakin popular dalam kalangan pencinta haiwan untuk berswafoto dengan haiwan tersebut.

Istimewanya berkenaan haiwan ini, kerana senyumannya yang unik dan memang tak pernah dilihat pada haiwan-haiwan lain. Mukanya memang sentiasa mengukir senyuman kalau dilihat dari gambar tersebut.

Tapi bukan kerana haiwan ini jenis yang suka senyum, ia disebabkan bila Quokka bernafas laju dan menyebabkan membuka mulut dengan luas, kelihatan seperti mereka memberi kita senyuman lebar.

Haiwan Quokka ini yang mempunyai panjang sekitar 40 hingga 54 sentimeter dan berbentuk bulat. Quokka adalah haiwan yang senang dijumpai di Pulau Rottnest, berhampiran Perth, Australia dan sekumpulan kecil Quokka juga mendiami kawasan Australi Barat dan Pulau Bald salah satu sebuah pulau kecil di negara itu.

Antara fakta menarik yang korang perlu tahu tentang haiwan bernama Quokka ini:

1.Quokka juga bergerak dengan melompat dan menggunakan tangan mereka untuk bergerak.

2. Mereka mudah dijumpai di tanah tapi pada masa yang sama mereka juga boleh memanjat pokok setinggi dua meter. Tujuan untuk cari makanan dengan lebih mudah.

3. Quokka juga dapat hidup berbulan-bulan tanpa air dan makanan dengan menyimpan lemak di ekor mereka.

4. Haiwan ini lebih aktif di waktu malam, pada siang pula lebih banyak habiskan masa dengan berehat dan tidur.

Sumber : Pinterest

5. Kelihatan kecil dalam gambar je kan ? tapi saiznya boleh sebesar seperti seekor kucing kecil.

6. Quokka sentiasa nampak gembira bila ada kerana makanan saja.

7. Quokka spesies haiwan yang terancam dan diambang kepupusan. Jadi korang tak boleh nak menyentuh dia sesuka hati atau beri makanan mahupun ganggu mereka.

8. Walaupun Quokka ini sangat comel untuk dipegang, tapi bukannya semudah itu korang dapat memegangnya kerana ia mudah rasa sakit. Korang juga boleh dikenakan denda kalau memegangnya saja.

Sumber artikel dari Astro Awani 

#quokka

0 views0 comments