• Jonathan Shiek

8 Anime Wajib Yang Korang Patut Nantikan Pada Tahun 2021 Ini

Adakah korang para penggemar anime? Sekiranya, ya maka saya akan list kan beberapa anime yang korang patut layan pada tahun 2021 ini. Pastikan korang mencukupi masa untuk melayan kesemua anime ini. Jom saya kupaskan sekarang!

1. Hataraku Saibou 2nd Season – 7 Januari 2021 

Sumber: Anime Sweet

Anime ini adalah sekuel dari Hataraku Saibou yang pernah keluar pada musim panas 2018 lalu. Akhirnya, anime ini bakal ada sambungan juga. Berkisahkan sebuah anime yang menceritakan di dalam badan manusia, terdapat berbilion sel yang bekerja keras untuk menjaga dan mengawal sistem badan manusia dengan lebih terkawal.  Kalau korang menantikan anime ini jangan lupa untuk tonton nanti.

2. 5-Toubun No Hanayome Musim 2 – 8 Januari 2021

Sumber: Fandom

Pernah tak korang layan anime ini? Kalau masih tak pernah lagi, pastikan korang kena layan next time. Berkisahkan Fuutarou Uesug yang dari keluarga susah dan kurang bersosial di sekolah tapi adalah pelajar yang sangat pandai. Satu hari, Fuutarou menjadi tutor tuisyen buat kepada 5 orang adik beradik kembar, yang berperwatakan berbeza dari setiap gadis ini. Bagaimana Fuutarou nak kembalikan minat belajar kepada 5 kembar ini? Pastikan korang layan anime ini dan nantikan musim 2 nanti.

3. Jaku-Chara Tomozaki Kun – 8 Januari 2021

Sumber: Anime Daily News

Anime ini berdasarkan dari manga yang telah dilancarkan pada penghujung 2017 yang lalu. Berkisahkan Tomozaki seorang ahli gamers yang terhandal di Jepun. Tapi pada pendapat dia berkenaan games, tersangatlah teruk dan tak masuk akal langsung. Kemudian, dia bertemu seorang gadis yang juga kaki gamers bagus sepertinya. Bagaimana kisah seterusnya? Pastikan korang nantikan anime terbaru ini.

4. 2.43: Seiin Koukou Danshi Volley-bu – 8 Januari 2021

Sumber: Fandom

Anime ini berkisahkan kesukanan bola tampar. Tengok pandangan pertama pada anime ini, memang mengingatkan pada Haikyu!! betul tak?. Mengisahkan pelajar sekolah Kimichika Hajima terpaksa kembali semula ke kampung ibunya di wilayah Fukui disebabkan masalah pada sekolah lamanya di Tokyo. Hajima berjumpa semula dengan kawan-kawan lamanya masa zaman kanak-kanak, tapi mereka tak rapat sehingga tak bergaul di antara mereka. Sekolah Menengah Seiin yang sangat lemah dengan sukan bola tampar tapi mereka mempunyai tujuan yang sama untuk berjaya masuk peringkat nasional di Jepun.

5. Horimiya – 10 Januari 2021

Sumber: AnimeNar

Berkisahkan pelajar sekolah Kyouko Hori yang sangat ceria, pandai dan disanjung tinggi oleh pelajar lain tapi sebaliknya dia terpaksa kena menjaga adik lelakinya, lakukan kerja rumah dan juga seorang yang tak bergaul bila berjauhan dari sekolah. Manakala, watak lelaki pula perwatakan yang nerd dan bercermin mata tapi di sebaliknya, dia seorang pandai dalam akademi juga mempunyai tatoo dan bertindik telinga ketika diluar sekolah.

6. Dr.Stone: Stone Wars Musim 2 – 14 Januari 2021

Sumber: JW

Animasi Dr Stone pernah ditayang pada pertengahan bulan Julai 2019. Kini animasi ini akan kembali ditayangkan semula pada awal Januari ini. Mengisahkan di zaman era yang moden, kemudian kehidupan manusia telah berubah pada zaman batu secara sekelip mata. Banyak dari karater ini telah bertukar diri menjadi batu. Bagaimanakah mereka hendak hidup di zaman batu ini tanpa ada apa-apa? Pastikan korang saksikan anime ini untuk ketahui lebih lanjut.

7.Boku Hero No Academia Musim 5 – 27 Mac 2021

Sumber: Wikipedia

Adakah korang follow up pada anime ini? Boku Hero Academia bakal sambung musim terbarunya pada musim bunga tahun depan. Excited tak korang? Mengisahkan sebahagian dari populasi manusia yang mempunyai kuasa ajaib yang dipanggil “Quirks” dimana kuasa tersebut sudah ada pada diri seseorang diusia 4 tahun lagi. Kuasa yang mereka dapat secara semula jadi perlu bertarung untuk menentang penjahat, kerana itulah tugas adiwira pada anime ini.

8. Kimetsu No Yaiba Musim 2 – Dijangkakan Pada Bulan Mei / Jun

Sumber: Monster & Critics

Siapa yang tak mengenali anime Demon Slayer betul tak? Pernah memenangi anugerah ‘Best Anime’ pada tahun 2019. Ura-ura mengatakan anime ini bakal ada musim 2 pada pertengahan musim panas 2021 nanti. Tapi tiada lagi mana-mana pihak yang mengesahkan berita sambungan anime Demon Slayer musim 2 nanti. 

Mengisahkan Tanjiro Kamado seorang pemuda yang baik hati dan menyara keluarganya yang susah dengan menjual arang. Tapi semuanya berubah sekelip mata akibat keluarganya dibunuh oleh demon. Kejadian tersebut, adiknya Nezuko berjaya selamatkan diri. Akhirnya, Nezuko berubah menjadi demon tapi masih mempunyai naluri seorang manusia biasa. Dapatkah Tanjiro mengubahkan Nezuko kembali menjadi manusia semula? Pada korang yang masih tak layan lagi anime ini, adalah disarankan untuk korang mula layan anime ini sekarang!

Itu saja lapan anime yang wajib korang tunggu dan layan pada tahun depan nanti. Bagi banyak-banyak anime belum tentu masa korang akan cukup untuk melayan kesemuanya. Share kan anime yang akan keluarkan pada tahun ini diruangan komen.

#Anime #KimetsunoYaiba

2 views0 comments