6 Ciri Baru Bagi Spotify ‘Unwrap’ Untuk 2020 Wrapped

Updated: Sep 20, 2021

Mengikut sumber dari Newsroom.spotify.com. bermula dari 1 Disember 2020, hanya yang sudah mendaftar dan dapat mengakseskan Spotify secara sah berpeluang mendengar secara eksklusif tak kira di telefon pintar korang mahupun di komputer. Seperti biasa, Spotify Wrapped akan melebihkan artis, lagu, tema dan podcast berdasarkan apa yang korang dengar dari sepanjang tahun 2020 ini.  

Spotify juga menyediakan pengguna untuk merasai lagu-lagu yang banyak diputarkan oleh pengguna lain di ruang Spotify dan dapat dimainkan pada seluruh dunia. Ok lah, ini antara 6 ciri baru yang Spotify Wrapped 2020 akan berikan kepada korang kali ini. Mari saya berikan info untuk korang !

  1. Ciri baru dengan memperkenalkan kuiz untuk menguji kemahiran korang untuk meneka podcasts, artis dan lain berdasarkan apa yang korang kerap stream di Spotify.

  2. Korang boleh cuba mengikuti Story of Your 2020 dengan lagu paling teratas bagi sepanjang tahun ini yang korang sentiasa dengar, dari mula korang stream sehingga ke-100 dan orang terkenal juga akan turut serta dapat mendengar.

  3. Spotify juga akan berkongsi dengan lebih mendalam mengenai pendengaran podcasts yang lebih lengkap kepada pengguna, mengikut berapa minit penggunaan yang dihabiskan masa untuk mendengar podcast pada tahun ini.

  4. Bagi pengguna Spotify Premium korang boleh nantikan new badges hanya bagi pengguna tegar dengan pelbagai tajuk berdasarkan apa yang korang dengar lah. Contoh, sekiranya playlist korang melonjak naik secara ketara dengan pengikut baru korang akan jadi Tastemaker . Sekiranya, korang dengar lagu sebelum hits pada 50,000 stream korang akan dapat Pioneer Badge.

  5. New personalized playlist juga membantu korang untuk memilih lagu yang korang paling dengar sekali dalam tahun ini.

  6. Pada yang first timer guna Spotify walaupun korang tak guna sangat Spotify korang masih boleh check latest lagu-lagu Spotify yang didengari seluruh dunia. Bukan sahaja itu, malah pengguna Spotify pun boleh dengar podcasts secara streaming. Korang juga boleh check di Spotify.com/Wrapped di telefon pintar dan dekstop korang.

Inilah antara 6 ciri baru yang Spotify memperkenalkan kepada pengguna pada Spotify Wrapped 2020. Apa lagi!. Jangan lupa melanggan Spotify sekarang untuk mendengar lagu-lagu kegemaran korang pada tahun 2020 ini.

#2020 #spotify #wrapped

0 views0 comments