• Jonathan Shiek

500,000 Kanak – Kanak Palestin Memerlukan Sokongan Psikologi

Pertempuran Israel-Palestin yang baru ditamatkan telah menjejaskan teruk golongan kanak-kanak Palestin apabila dianggarka 500,000 kanak-kanak mungkin perlu sokongan psikologi. 

Terdapat salah seorang kanak-kanak seperti itu yang terjejas adalah Suzy Eshkuntana, yang baru sahaja dikeluarkan daripada runtuhan rumahnya di Gaza. Serangan tersebut menyebabkan ibu bapa dan empat anggota keluarga Suzy terkorban.

Sehingga kini, Suzy tak lalu makan dan bermain selain tak dapat tidur dengan nyenyak. Menurut, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), 11 hari pertempuran antara Israel dengan pejuang Hamas telah menyebabkan golongan kanak-kanak Palestin dalam keadaan trauma.

Menurut pakar psikologi kini kerap mengunjungi Suzy dan kerap untuk membantunya mengatasi rasa trauma. Kemurungan dan rasa tidak selamat paling banyak dihadapi penduduk Gaza. Sekitar 50 peratus penduduk Gaza berusia dibawah 18 tahun.

Sumber artikel asal Berita Harian

0 views0 comments