• Jonathan Shiek

5 Wabak Paling Dahsyat Yang Pernah Direkodkan Di Dunia

Kita kini sedang bertarung dengan antara wabak yang paling dahsyat iaitu COVID-19, dimana kes keboleh jangkitan bertambah setiap hari.

Penjagaan serta kuarantin kendiri diperlukan bagi membanteras penyakit ini, tetapi tahukah anda ini bukanlah wabak pertama yang pernah menjangkiti penduduk di bumi ini.

Mari kita lihat lima wabak yang membunuh sebelum ini;

1. Maut Hitam (Black Death)

Fast and lethal, the Black Death spread more than a mile per day

Wabak yang dipercayai bermula pada sekitar tahun 1346-1353 ini dikatakan meragut jumlah yang paling ketara dari populasi dunia ketika itu iaitu sekitar 200 juta mangsa.

Mangsa korban Maut Hitam atau ‘Black Death’ ini meliputi lebih separuh dari jumlah populasi warga Eropah.

Ia berpunca daripada sejenis bakteria dikenali ‘Yersinia pestis’ yang dipercayai sudah pupus pada zaman ini dan disebarkan oleh kutu dan pesakit akan menunjukkan gejala-gelaja seperti tempelan hitam yang tumbuh pada kulit yang kemudian bernanah sehingga mengeluarkan darah.

2. Cacar Air (Small Pox)

Smallpox and the photos anti-vaxxers don't want you to see - NZ Herald

Wabak cacar air dikatakan bermula sejak zaman Empayar Mesir dan menyerang sekitar 56 juta populasi dunia.

Virus cacar air yang dikenali sebagai virus Varicella menjangkiti melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

Difahamkan, seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh. Ia boleh merebak dengan menyentuh atau bernafas masuk partikel virus yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh.

3. Selesema Sepanyol (Spanish Flu)

10 Facts About the Greatest Pandemic in History People Still Get

Wabak yang direkodkan mula merebak pada tahun 1918 ini dianggar mengorbankan nyawa melebihi 40 juta mangsa.

Meskipun diberi nama ‘Spanish Flu’, asal-usul penyakit ini bukan berasal dari negara itu. Sebaliknya, ketika kemunculan wabak itu, undang-undang penapisan akhbar Sepanyol tidak ketat lantas penyebaran maklumat terlalu bebas.

Kesannya, penyakit itu disalah anggap berpunca dari negara itu sehingga kini namanya kekal pada nama Sepanyol.

4. Wabak Justinian

Difahamkan, jumlah kematian akibat wabak yang telah menyerang pusat pentadbiran Empayar Byzantine ini masih menjadi perdebatan.

Ramai mempercayai bahawa ia berpunca daripada kehadiran tikus dalam kapal yang datang dari Mesir ke sebuah pekan pelabuhan bernama Pelusium. Oleh kerana ia berlaku sekitar 541 tahun masihi (AD), banyak perkara yang tidak diketahui tentang wabak ini.

Menurut sejarah, Maharaja Justinian juga turut dijangkiti wabak itu dan berjaya sembuh. Bagaimanapun, empayarnya jatuh dan lumpuh ketika wabak itu merebak.

5. AIDS

HIV and AIDS Rashes and Skin Conditions

Umum mengetahui terma HIV yang membawa makna bagi singkatan ‘Human Immunodeficiency Virus’. Virus ini akan menyerang badan seseorang dan menyebabkan penyakit sindrom kurang daya tahan melawan penyakit atau AIDS dan kesannya memusnahkan sistem ketahanan badan.

Menurut portal UNAIDS, sejak kes pertama direkodkan 35 tahun lalu, terdapat 78 juta mangsa dijangkiti HIV dan 35 juta daripadanya meninggal dunia. Fakta sejarah pula mengatakan virus yang wujud sehingga kini itu berpunca daripada monyet di Afrika.

0 views0 comments