• Jonathan Shiek

5 Tips Untuk Menjimatkan Masa Ketika Memesan Pizza!

Pizza adalah makanan yang sangat sinonim dengan penghantaran di dalam talian dan atas talian. Kita selalu memesan pizza ketika ada majlis makan tengah hari, untuk makan malam dan senang cerita pizza adalah makanan yang sesuai pada bila-bila masa.

Pernah tak anda merasakan yang memesan pizza itu sangat leceh dan mengambil masa yang lama? 

Kami akan kongsikan 5 tips yang boleh anda gunakan untuk menjimatkan masa anda! 

Kumpul Baucer 

Kini terdapat banyak restoran pizza yang menyediakan baucer untuk penghantaran dan juga diskaun. Baucer boleh didapati di media sosial ataupun surat khabar. Apabila anda sudah ada baucer, anda kan cenderung memesan pizza mengikut diskaun yang diberi. Ha jimat masa kan?

Pesan Melalui Dalam Talian


View this post on Instagram

A post shared by Domino’s Pizza Malaysia (@dominosmy)


Jika anda memesan dengan menggunakan aplikasi atau laman sesawang, menu telah tersedia dan anda tidak perlu ingat apa yang hendak anda pesan. Mudah sikit!


View this post on Instagram

A post shared by Pizza Hut Malaysia (@pizzahutmalaysia)


Pra-pesan Pizza Anda

Terdapat banyak restoran pizza yang membolehkan anda memesan makanan anda pada masa yang lebih awal. Ianya lebih mudah kerana anda juga boleh mengambil kira bila waktu yang sesuai untuk anda menjamu selera!


View this post on Instagram

A post shared by WOP Pizzeria (@wop.kl)


Ambil Pesanan Anda

Jika ada restoran pizza yang berdekatan dengan anda, ianya lebih mudah jika anda memesan pizza anda dan mengambilnya sendiri di restoran. Ianya bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah, anda juga tidak akan dicaj kos penghataran! 


View this post on Instagram

A post shared by Pizza Mansion (@pizzamansion)


Sentiasa Pilih Menu Set

Apabila anda memesan pizza, elakkan memesan secara ala-carte. Sebaliknya, pesan menu yang mempunyai set. Anda akan lebih mudah membuat pilihan dan anda juga akan dapat makanan yang lengkap! Best!

Selamat mencuba! 

0 views0 comments