• Jonathan Shiek

5 K-Drama Yang Korang Patut Nantikan Pada Mac Ini!

Pejam celik, pejam celik sekejap saja dah masuk bulan 3 bukan? Tahun ini penuh dengan cabaran terutama musim pandemik yang masih tiada penghujungnya. Tapi, saya pasti masih ramai diantara kita yang masih bekerja dirumah pada ketika ini dan mungkin ada juga separuh dari kita yang harus bekerja di pejabat seperti biasa. 

Di sini saya ingin kongsikan beberapa K-drama yang bakal dikeluarkan pada bulan Mac ini. Adakah korang sudah bersedia untuk nantikan drama terbaru pada bulan ini ? Mari saya kupaskan satu persatu drama tersebut.

1.Mouse

Sumber: Inki Style

Tarikh Dikeluarkan : 3 Mac 2021

Hari Siaran : Rabu – Khamis, 10.30 Malam (Waktu Korea Selatan)

Saluran Asal : tvN

Dibintangi Oleh : Lee Seung Gi, Lee Hee Jun, Park Joo Hyun, Kyung Soo Jin

Pada drama ini, Lee Seung Gi memegang watak Jung Ba Reum sebagai polis muda yang terpaksa berhadapan dengan kes-kes bahaya seperti mengejar pembunuh psikopat. Sekiranya korang berminat dengan drama bertemakan aksi dan jenayah bolehlah cuba layan drama terbaru ini.




2. Love Alarm 2

Sumber: Inki Style

Tarikh Dikeluarkan : 12 Mac 2021

Hari Siaran : Tak Diketahui

Saluran Asal : Netflix

Dibintangi Oleh : Kim So Hyun, Jung Ga Ram, Song Kang

Pada korang yang pernah melayan drama ini sebelum, ia adalah kesinambungan dari musim pertama Love Alarm pada tahun 2019 di saluran Netflix. Drama yang diadaptasi dari sebuah siri Webtoon dan dibawa dalam bentuk siri drama. Ia berkisahkan cinta tiga segi pada pelajar sekolah menengah yang terjalin melalui sebuah aplikasi. Dimana ia dipanggil “Jo Alarm”, dan ia akan berdering apabila seseorang itu mendekati kepada pengguna yang disukai. Kalau korang suka dengan cinta remaja ini, bolehlah mula melayan drama ini.




3. Joseon Exorcist

Sumber: Inki Style

Tarikh Dikeluarkan : 22 Mac 2021

Hari Siaran : Isnin – Selasa, 10.00 Malam (Waktu Korea Selatan)

Saluran Asal : SBS

Dibintangi Oleh : Kam Woo Sung, Park Sung Hoon, Jang Dong Yoon

Bagi drama ini pula, ia bertemakan aksi dan seram dimana lebih berunsurkan roh jahat. Cerita ini berlatarkan zaman Joseon, plot yang berkisar (Kam Woo Sung) yang menjadi pemerintah seterusnya dan harus menentang dengan roh-roh jahat. Bertujuan untuk melindungi negara dan juga kedua-dua anak lelakinya. Dia juga bersedia untuk berlawan roh-roh jahat yang menghantui rakyatnya secara tak langsung.




4. Navillera

 Sumber: Inki Style

Tarikh Dikeluarkan : 22 Mac 2021

Hari Siaran : Isnin – Selasa, 9.00 Malam (Waktu Korea Selatan)

Saluran Asal : tvN

Dibintangi Oleh : Park in Hwan, Song Kang

Pada masa yang singkat, kita baru saja melihat lakonan Song Kang dalam ‘Sweet Home’ yang dipopularkan di Netflix sebelum ini. Kini, Song Kang muncul dalam sebuah drama baru pada tahun ini, cepat je kan? Drama ini, berkisahkan seorang lelaki  yang dilakonkan oleh Park In Hwan memegang watak sebagai Sim Deok Chool yang berusia 70 tahun dan mempunyai impian untuk menjadi seorang penari ballet. Tapi disebabkan beberapa faktor lain yang menyebabkan beliau tak berasa gembira dengan keputusan yang dilakukannya. 

Dia akhirnya bertemu seorang pemuda iaitu Song Kang memegang watak sebagai Lee Chae Rok yang berusia 23 tahun dan mempunyai minat menjadi seorang penari ballet. Kemudian, mereka berdua telah berjumpa untuk teruskan minat mereka masing-masing. Sekiranya, korang berminat dengan drama ini, jangan lupa untuk menonton.




5. Oh! Master

Sumber: Inki Style 

Tarikh Dikeluarkan : 24 Mac 2021

Hari Siaran : Rabu – Khamis, 9.20 Malam (Waktu Korea Selatan)

Saluran Asal : MBC

Dibintangi Oleh : Lee Min Ki, Nana

Bagi drama ini, ia antara penulis skrip drama thriller terbaik di Korea Selatan. Berkisahkan Han Bi Soo yang dilakonkan oleh Lee Min Ki seorang lelaki yang tak pandai bercinta. Manakala, Oh Joo In yang dilakonkan Nana ialah seorang pelakon popular. Oh Joo In kerap kali muncul dalam drama berunsurkan rom-kom, tapi dia juga tak pandai beromantis. Bagaimanakah kesudahan percintaan antara kedua-dua watak ini?. Drama ini masih tiada pengeluaran ‘trailer’ secara rasmi, tapi apa-apa pun korang boleh nantikan dalam masa terdekat ini.

Bagaimana korang dengan kelima-lima K-drama yang saya telah kupaskan tadi? Yang mana satu menjadi pilihan korang untuk mula menonton nanti? Sila share kan idea dan pendapat korang diruangan komen dibawah ini.

Sumber artikel asal dari Inki Style

1 view0 comments