- shafika9
5 K-Drama yang Korang Patut Nantikan pada Disember 2020 ini
Updated: Sep 21, 2021
Adakah korang sudah bersedia dengan K-drama baru pada bulan Disember ini ? Kalau korang sudah bersedia, mari saya list kan 5 K-drama baru yang korang boleh tonton pada bulan ini. Pastikan K-drama kali ini juga dalam bucket list korang tau! Jom saya kupaskan sekarang.
1. Cheat On Me If, You Can Do
Sumber: Intipseleb
Tarikh Dikeluarkan : 2 Disember 2020
Hari Siaran : Rabu & Khamis, 9.30 malam (Waktu Korea Selatan)
Saluran Asal : KBS2
Dibintangi Oleh : Cho Yeo Jeong, Go Joon
Drama ini telah pun disiarkan sekarang di kaca televisyen. Jadi korang boleh tengok tau nanti. Berkisahkan seorang penulis yang disegani iaitu Cho Yeo Jeong (Kang Yeo Joo) menulis novel jenayah yang terlaris. Selain itu, Si suami yang dilakonkan oleh Go Joon (Han Woo Sang) adalah seorang peguam perceraian yang pakar dalam bidang ini.
Trailer “Cheat On Me, If You Can”
2. True Beauty
Sumber: SOOMPI
Tarikh Dikeluarkan : 9 Disember 2020
Hari Siaran : Rabu & Khamis, 10.50 malam (Waktu Korea Selatan)
Saluran Asal : tvN
Dibintangi Oleh : Moon Ga-Young, Cha Eun Woo, Hwang In Yeop
Drama ini diadaptasi dari Webtoon berkisahkan Rom-Komedi dimana plot cerita digambarkan sekolah menengah. Dimainkan oleh Moon Ga Young sebagai Im Joo Kyung, seorang yang terlalu bergantung pada kemahiran solekannya untuk menyembunyikan paras rupanya yang kurang cantik. Dia berjumpa dua orang lelaki yang paling popular di sekolahnya iaitu Cha Eun Woo (Lee Soo Ho) dan Hwang In Yeop (Han Seo Joon). Dia cuba sedaya upaya untuk tak tunjukkan paras rupanya kepada dua jejaka idaman ini.
Trailer “True Beauty”
3. Hush
Sumber: AMP
Tarikh Dikeluarkan : 11 Disember 2020
Hari Siaran : Jumaat & Sabtu, 10.50 malam (Waktu Korea Selatan)
Saluran Asal : JTBC
Dibintangi Oleh : Hwang Jung Min, Yoona
Berkisahkan sebuah drama yang mementingkan kerjaya, usaha dan juga kekeluargaan. Dibintangi oleh Hwang Jung Min (Han Joon Hyeok) berperanan sebagai wartawan veteran mendapati dirinya bertentangan dengan pendirian peribadinya ketika menuntut keadilan. Drama ini juga berkonsepkan kesusahan sebuah keluarga untuk memperjuangkan kehidupannya.
Trailer “Hush”
4.Run On
Sumber: La Republica
Tarikh Dikeluarkan : 16 Disember 2020
Hari Siaran : Rabu & Khamis, 9.30 malam (Waktu Korea Selatan)
Saluran Asal : JTBC
Dibintangi Oleh : Im Si Wan, Shin Se Kyung
Drama ini bertemakan Romantis klasik yang mungkin buatkan korang terjebak untuk menonton nanti. Dibintangi oleh Im Si Wan (Ki Sun Gyeom) dan Shin Se Kyung (Oh Mi Joo) yang memainkan dua watak yang ditakdirkan untuk bercinta. Ki Sun Yeom seorang pelari pecut nasional yang berjaya dan pada yang sama, dia juga mempunyai kesusahan yang harus dihadapinya. Dia terpaksa berhenti menjadi atlet dan bekerja sebagai ejen sukan. Dia kemudian bertemu dengan Oh Mi Joo yang menjalani kehidupan yang sangat berbeza darinya.
Trailer “Run On”
5.Sweet Home
Sumber: Netflix
Tarikh Dikeluarkan : 18 Disember 2020
Hari Siaran : Tidak Diketahui
Saluran Asal : Netflix
Dibintangi Oleh : Song Kang, Lee Jin Wook
Drama ini diadaptasi dari Webtoon yang bertemakan aksi, Horror-Thriller yang membuatkan korang rasa tak senang duduk bagi cerita ini. “Sweet Home” ini antara K-drama yang paling dinantikan oleh penonton seluruh dunia. Mengisahkan Chan Hyun Soo yang dibintangi oleh Song Kang, antara mangsa yang terselamat dari kemalangan kereta melibatkan kematian seluruh keluarganya. Kemudian, dia hidup secara bersendirian dan diketahui dunia berubah menjadi suram setelah fenomena misteri mengubah manusia sehingga menjadi raksasa. Chan Hyun Soo kini terpaksa melawan raksasa untuk kekal terus hidup.
Trailer “Sweet Home”
Yang mana satu pilihan korang untuk menonton K-drama pada Disember ini ? Sila tinggalkan pendapat korang di ruang komen dibawah tau.
Sumber artikel asal dari InkiStyle
#kdrama #truebeauty #koreandrama #hush #sweethome #cheatonme #runon #ifyoucan