• Syaziyah Md Sharif

5 Filem Lokal Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix Cuti Ini!

Updated: Oct 8, 2021

Bila masuk akhir tahun, mesti ramai yang tak tahu nak buat apa dekat rumah kan? Apa kata anda semua langgan Netflix dan tonton filem-filem tempatan! Mesti best!

Istanbul Aku Datang Filem yang mengishakan seorang blogger melancong ke Istanbul untuk bertemu kekasihnya tetapi lain pula jadinya! Filem ini memang romantik dan kelakar! Tak rugi kalau nak tonton. Dibintangi Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok!

Mukhsin Mukhsin merupakan filem keempat dari pengarah Yasmin Ahmad terbitan tahun 2007. Semua filem sebelumnya adalah mengenai keluarga Orked, Pak Atan dan Mak Inom. Filem ini dilakonkan oleh Syafie Naswip sebagai Mukhsin, Sharifah Aryana, Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Rozie Rashid, Ho Yuhang, Ng Choo Seong (pelakon watak Jason dalam Sepet) dan Noorkhiriah.

Talentime Talentime memaparkan kisah hubungan cinta tanpa mengira kaum, agama atau latar kebudayaan seumpamanya, di samping juga diselitkan tema pertandingan bakat di sekolah menengah. Filem ini dibintangi barisan pelbagai kaum iaitu Pamela Chong, Mahesh Jugal Kishor dan Mohammad Syafie Naswip, di samping menyaksikan kemunculan sulung penyanyi Jaclyn Victor memegang watak penting di layar perak.

Hantu Kak Limah Bagi yang inginkan filem berunsur komedi, tontonlah Hantu Kak Limah! Filem komedi seram Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Mamat Khalid merupakan kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam trilogi Hantu Kak Limah. Ia berkisarkan Kak Limah yang baru sahaja berumah tangga, telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun. Memang lawak!

Bunohan Bunohan menceritakan tentang 3 adik-beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas melarikan diri daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ seorang peninju tomoi, terpaksa melarikan diri pula daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke sebuah kampung bernama Bunohan. Apabila mereka bertembung, memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

0 views0 comments