• Jonathan Shiek

5 Bulan Tak Dapat Gaji, Warga India Tinggalkan Pesanan Untuk Majikan Dalam Video Sebelum Bunuh Diri

Seorang warga asing yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan tempatan telah mengambil nyawanya sendiri, dikatakan akibat gaji yang tertunggak.

Dalam sebuah video tular, lelaki yang dalam lingkungan umur awal 30-an itu telah menggunakan seutas tali untuk menggantungkan dirinya di sebuah tapak pembinaan di Lembah Klang.

Pada waktu malam, lelaki itu telah menggantung dirinya dan merakam video tersebut, juga menyebut bahawa dia ingin menamakan majikannya. Turut dimuat naik dengan video tersebut adalah beberapa gambar namecard majikannya serta nama perniagaan yang berkenaan.

“Ini saya punya bos, dia takmau bagi gaji, sudah 5 bulan. Saya tak boleh tahan, saya mau mati.” kata lelaki itu dalam klip pertama.

Kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan lebih lanjut.



1 view0 comments