• Jonathan Shiek

47 Kematian COVID-19 Antara Rekod Tertinggi Setakat Ini

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan kes tertinggi kematian COVID-19 dengan mencatatkan jumlah 47 kematian yang dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak itu bertambah kepada 1,994 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keadaan unit rawatan rapi (ICU) terus sesak dengan 531 kes sedang dirawat. Kini, seramai 277 pesakit COVID-19 memerlukan bantuan mesin pernafasan. Beliau turut berkata, kes baharu COVID-19 di negara ini pula merekodkan 4,865 kes hari semalam berbanding kelmarin 4,446 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 479,421 kes.

Menurutnya lagi, Selangor antara negeri mencatatkan kes harian tertinggi COVID-19 hari semalam sebanyak 1,743 kes. Manakala, bagi negeri-negeri lain masih linkungan bawah dari 1,000 kes.

Sumber artikel asal dari Harian Metro

0 views0 comments