• Syaziyah Md Sharif

418 Kes COVID-19 Terkini Melibatkan Mangsa Banjir

Juga dikesan 193 kes penyakit berjangkit berkaitan pernafasan dan kulit


Semalam, dilaporkan sebanyak 418 kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada masa sama, terdapat satu kes positif Covid-19 direkodkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS).


“Selain itu, sebanyak 193 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir.


“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) (94 kes), penyakit kulit (67 kes), acute gastroenteritis (AGE) (30 kes), penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) (satu kes) serta konjunktivitis (satu kes),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.


Tambah beliau, sebanyak 219 PPS masih beroperasi dengan lima negeri dilanda banjir iaitu Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta melibatkan jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir seramai 35,076 orang




Sumber: Kosmo!

4 views0 comments