• Syaziyah Md Sharif

4 Makanan Pengganti Nasi

Updated: Sep 21, 2021

Kita semua tahu nasi adalah musuh utama anda yang ingin diet, sebab utamanya adalah kerana nasi boleh mengundang ketagihan yang sukar dikawal. Takkan nak timbang nasi setiap kali nak makan? Dalam artikel ini saya akan beri 7 makanan untuk menggantikan nasi.

Kentang

Kentang yang saya maksudkan bukanlah kentang goreng yang di kedai makanan segera tu, maksud saya kentang yang mentah tu, yang belum diproses. Korang boleh bakar, kukus atau masukkan dalam sup. Ianya kaya dengan vitamin C dan serat. 

Roti Wholemeal

Roti wholemeal adalah contoh pengganti nasi yang sangat mudah didapati dan juga mudah untuk korang sediakan. Anda boleh buat sandwich, masukkan saja tuna dan sayuran dan makanan tengah hari anda siap!

Jagung

Jagung mengandungi fruktosa, sejenis gula yang sangat baik untuk korang. Warna kuning pada jagung itu menandakan ia kaya dengan betakaroten yang sangat bermanfaat untuk kesihatan mata korang, jagung juga mempunyai vitamin b, antioksidan dan juga mineral.

Oat

Oat sangat sesuai untuk dibuat makanan sarapan atau makan malam, kandungan serat yang tinggi dapat membantu kenyang lebih lama dan membantu proses pencernaan. Oat boleh dimakan bersama buah2, kacang2, susu dan sebagainya mengikut selera anda. 

Perkara penting korang kena ingat, walaupun makanan itu sihat, tak semestinya korang boleh makan ikut suka hati ya. Kawalan portion masih perlu ada.

#pengganti #nasi #healthy #makanansihat #nutrisi

0 views0 comments