• Jonathan Shiek

4 Keistimewaan Bulan Muharam, Semua Amal Baik Akan Dilipat Gandakan Pahala

Seperti kita sudah mengetahui pada hari esok adalah permulaan baharu takwim tahun Islam. Di Malaysia, hari yang bermakna ini juga turut disebut sebagai Maal Hijrah dan ia diraikan di seluruh negara. Namun adakah korang mengetahui tentang kelebihan pada bulan Muharam sebenarnya ?. Bulan Muharam termasuk dalam empat bulan haram (al asyhurul hurum) dalam Islam.

Allah SWT memberikan empat bulan haram dari 12 bulan yang ada dengan penuh keistimewaan dan kemuliaan. Seperti melakukan solat sunat, berzikir, amalan bersedekah, dan pelbagai lagi yang dikerjakan pada empat bulan haram tersebut akan dilipat gandakan pahalanya oleh Allah SWT. 

Maka dengan itu juga, pada empat bulan haram tersebut, umat manusia dilarang melakukan perbuatan haram seperti maksiat, ini kerana balasannya pun turut akan berlipat gandakan. Empat bulan haram ini disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW melalui sabdanya yang berbunyi,

“Sesungguhnya zaman berputar sebagai mana ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan haram (suci), tiga bulan berturutan: Dzulqa’dah, Dzulhijjah, dan Muharam, kemudian bulan Rejab suku Mudhar, antara Jumadi Tsani dan Sya’ban.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Antara amalan terbaik dan perlu memperbanyakkan ialah berpuasa di bulan Muharam. Nabi Muhammad SAW juga menyebutkan bahawa sebaik-baiknya waktu untuk berpuasa di luar bulan Ramadan adalah bulan Muharram. 

“Sebaik-baik puasa setelah Ramadan adalah puasa di bulan Allah, bulan Muharram.” (HR. Muslim) 

Antara empat keistimewaan lain yang terdapat pada bulan Muharam ? Di sini terdapat dari pelbagai sumber yang telah diringkaskan.

1. Bulan Muharam merupakan bulan Allah SWT

“Puasa yang paling utama setelah Ramadan adalah puasa di bulan Allah (iaitu) Muharam. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.” (HR Muslim)

2. Dapat Melakukan Ibadah Puasa Sunat Asyura

“Puasa Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.” (HR Muslim)

3. Memperbanyakkan Amalan Bersedekah

 Allah SWT berfirman dalam QS. Al-Baqarah ayat 215 yang artinya:

“Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan”. Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”

4. Meningkatkan Ibadat Solat Wajib Dan Sunat

Allah SWT berfirman dalam QS. Al-Baqarah ayat 3 yang ertinya:

“(Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”

Itulah antara beberapa keutamaan dan keistimewaan yang terdapat dalam bulan Muharam. Semoga kita semua dapat mengamalkan perkara baik ini, di salah satu bulan haram ini. Semoga amalan baik, kebajikan yang kita lakukan diterima ke jalan Allah SWT. Amin. 

Sumber artikel asal dari Kumparan

0 views0 comments