• Jonathan Shiek

4 K-Drama Yang Korang Patut Nantikan Pada Januari Ini

Tahun 2020 yang lepas, dah berapa banyak K-drama yang korang dah layan setakat ini?. Memandangkan tahun lepas banyak sangat dugaan seperti pandemik COVID-19 yang kebanyakkannya daripada kita terpaksa bekerja di rumah. Mungkin ada diantara korang banyak luangkan masa untuk layan K-drama pada musim pandemik kan?

Kali ini, saya akan kupaskan empat K-drama terbaru yang akan ditayangkan pada Januari 2021 ini. Adakah korang sudah bersedia untuk saya kupaskan? Mari kita lihat!

1. Be A Meal

Sumber: InkiStyle

Tarikh Dikeluarkan : 11 Januari 2021

Hari Siaran : Isnin – Jumaat, 7.15 Petang (Waktu Korea Selatan)

Saluran Asal : MBC

Dibintangi Oleh : Jung Woo Yeon, Jae Hee, Kwon Hyuk, Kang Da Hyun

Drama yang bertemakan persahabatan, cinta dan paling penting makanan!. Mengisahkan penceritaan Young Shin yang dilakonkan oleh Jung Woo Yeon yang pandai memasak masakan tradisional diraja Korea. Kemudian, dia bertemu kawan-kawan baru dan berlaku perubahan dalam kehidupannya termasuk kerjayanya juga. ‘Be A Meal’ adalah sebuah drama harian, sekiranya korang berminat bolehlah cuba layan drama terbaru ini.

2. She Would Never Know

Sumber: InkiStyle

Tarikh Dikeluarkan : 18 Januari 2021

Hari Siaran : Isnin & Selasa, 9.30 Malam (Waktu Korea Selatan)

Saluran Asal : JTBC

Dibintangi Oleh : Woo Jin Ah, Rowoon, Lee Hyun Wook, Lee Joo Bin 

Yoon Song Ah yang dilakonkan oleh Won Jin Ah yang berkerjaya dalam pemasaran industri kosmetik.  Dia bekerja bersama Chae Hyun Seung yang dilakonkan oleh Rowoon yang lebih muda darinya. Hyun Seung mula menyukainya, manakal Jin Ah tak berminat pada lelaki muda. Bagaimana cinta mereka akan berputik? Pastikan korang nantikan drama terbaru ini.

3. Hello? It’s Me!

Sumber: InkiStyle

Tarikh Dikeluarkan : Januari 2021

Hari Siaran : Isnin – Selasa, 9.55 Malam (Waktu Korea Selatan)

Saluran Asal : KBS2

Dibintangi Oleh : Choi Gang Hee, Kim Young Kwang, Kim Yu Mi, Eum Moon Suk

Sebuah drama berkisahkan romatik-fantasi yang melibatkan time travel. Drama ini diadaptasikan dari sebuah novel ‘Fantastic Girl’, Hello? It’s Me! Berkisahkan Ban Ha Ni (Choi Gang Hee) 37 tahun yang masih bujang dan tiada pekerjaan. Kemudian, dia berjumpa seorang perempuan 17 tahun yang memang bertentangan dari karakternya itu. Dapatkah Ha Ni berubah menjadi lebih ceria dan berjaya dalam kehidupannya? Nantikan drama ini juga ya korang.

4. Marriage Lyrics And Divorce Music

Sumber: InkiStyle

Tarikh Dikeluarkan : Januari 2021

Hari Siaran : Sabtu & Ahad, 9.55 Malam (Waktu Korea Selatan)

Saluran Asal : TV Chosun

Dibintangi Oleh : Lee Ga Ryeong, Sung Hoon, Park Joo Mi, Lee Tae Gon, Jeon Soo Kyung, Jeon No Min

Plot cerita berkisahkan kekeluargaan dan kehidupan tiga wanita yang dah berkahwin, dimana mereka terpaksa berhadapan kesusahan dalam kerjaya untuk menjaga keutuhan keluarga mereka. Drama ini dibintangi pelakon hebat seperti Lee Ga Ryeong Sung Hoon, Park Joo Mi, Lee Tae Gon, Jeon Soo Kyung dan Jeong No Min. Pastikan korang nantikan drama ini juga pada Januari ini.

Jadi, yang manakah pilihan K-drama yang korang akan layan pada Januari 2021 ini? Share kan pendapat korang dibawah ini.

Sumber artikel asal dari InkiStyle

1 view0 comments