• Syaziyah Md Sharif

4 Game Arked Percuma di iPhone…layan beb!

Updated: Sep 21, 2021

Kebanyakkan game yang percuma dekat iphone ni mesti penuh dengan iklan semata-mata. Tapi banyak juga game yang percuma dan juga bagus, untuk menjimatkan masa korang mencuba satu-satu game tu, saya telah mengumpulkan senarai 5 game paling BEST untuk iphone.

1. Rowdy City Wrestling

Rowdy City Wrestling adalah game yang ketiga dari Colin Lane, dan antara yang paling bercita-cita tinggi. Korang mula sebagai seorang noob dengan matlamat untuk menjadi juara World Championship. Perjalanan korang banyak melibatkan hempas kerusi untuk dapatkan duit untuk sertai pertandingan.

2. Zombie Football

Zombie Football adalah game yang menarik, bayangkan The Walking Dead kahwin dengan game American Football. Matlamat game ni adalah untuk mendapatkan markah dengan membuat “touch down” tanpa mati. Korang kena elak dari lumpur yang akan memperlahankan pergerakkan korang sambal mengelak dari zombie yang nak makan korang.

3. Yokai Dungeon

Yokai Dungeon adalah satu game yang berentak laju, matlamat dia adalah korang kena ketuk semua jembalang yang korang nampak. Game ini terdiri dari pelbagai “Arena” yang ada banyak objek yang boleh digerakkan dan digunakan untuk mencapai misi korang.

4. Williams Pinball

Williams Pinball adalah “remake” daripada game pinball classic. Ia menggunakan pergerakkan iphone korang untuk menggerakkan meja pinball. Apa yang membuatkan game ni menarik, korang boleh upgrade meja pinball korang bila korang menaikkan XP korang dalam game ni.

0 views0 comments