• shafika9

3 Kucing Positif COVID-19 Dihukum Bunuh

Tak perlulah sampai nak kena bunuh kucing tu. Rasanya banyak lagi cara lain dari membunuh

Terdapat sebuah kota utara China yang dilaporkan membunuh tiga kucing peliharaan kerana disahkan positif COVID-19. Pemerintah Harbin berkata, mereka terpaksa mengambil langkah tersebut bagi menangani kes jangkitan baharu dalam komuniti tersebut.


Kerajaan tempatan memberikan alasan pembunuhan itu dilakukan kerana tempat rawatan haiwan tidak mampu menampung kehadiran haiwan itu. Malah, tiga kucing tersebut dikhuatiri membahayakan nyawa pemilik mahupun orang ramai. Sukarelawan tempatan kemudian menjalankan ujian terhadap haiwan itu dan mendapati kesemuanya positif COVID-19.


Pemilik haiwan, Nona Liu menghantar permohonan secara dalam talian, namun binatang peliharaannya dibunuh Selasa lalu. Dengan hanya cara pembunuhan kucing ini merupakan contoh bagaiman China menangani wabak itu dengan tegas.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


8 views0 comments