• Jonathan Shiek

3 Kali Line Putus, Akhirnya Dapat Juga Adik Lutfi Mengaji Di TV!

Awal minggu ini, viral di media sosial sedutan program TV, Geng Ngaji yang begitu menghiburkan apabila ada seorang pemanggil cilik yang bersemangat mengalunkan bacaan al-Quran namun terputus panggilannya sehingga tiga kali.


View this post on Instagram

A post shared by Fakhrul UNIC ™️ (@fakhrulunic)


Hal tersebut membuatkan ketiga-tiga pengendali program iaitu Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin, dan Juara Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Farhatul Farizurah terhibur.

Semalam, pemanggil cilik yang dikenali sebagai adik Lutfi atau nama sebenarnya Muhammad Lutfi Rabbani, 9 akhirnya dapat juga mengalunkan bacaan al-Quran secara panggilan video dalam program tersebut.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Twitter dikenali sebagai @AdDien90, sedutan bacaan ayat suci al-Quran adik Lutfi sangat dipuji warganet walaupun baru sahaja berusia 9 tahun.

Adik Lutfi Huwallaziii comeback stronger! You will amaze with his ability. 9 tahun baru weh!!! 🥳👏🏻✨ pic.twitter.com/QsHila5I4C — 🇲🇾Ad-Dien🇲🇾 (@AdDien90) April 27, 2021

Comel betul!

0 views0 comments