• Syaziyah Md Sharif

3 Filem Seram Yang Membuat Anda Bersyukur Hidup Membujang

Updated: Sep 20, 2021

Rumah yang telah ditinggal lama, bunyi-bunyi pelik dari tingkat atas..semua plot cerita seram, kita selalunya boleh tahu apa nak jadi, betul tak?

Tapi, ada beberapa plot pulak, macam sengaja nak bagi nasihat supaya korang terus menikmati status membujang! Nak tahu kenapa? Haa bacalah selanjutnya!

  1. Sinister

Salah satu filem yang akan buat anda turn-off tentang kahwin.

Kenapa? Walaupun Ellison (Ethan Hawke) seorang penulis jenayah yang berjaya, dia seorang suami yang sangat menjengkelkan! Bukan sahaja dia kerap merungut tentang hal-hal jagaan isteri dan anak-anaknya, namun dia obses dengan merebut kembali zaman gemilangnya sampaikan dia tidak memberitahu isterinya bahawa pernah terjadi peristiwa yang ngeri sebelum berpindah ke rumah baru mereka itu!!!

Sesungguhnya suatu peringatan kepada kita semua bahawa perkahwinan tidak selalu berakhir dengan baik.

  1. Get Out

Bertemu keluarga kekasih buat pertama kali ni memang stress. Chris (Daniel Kaluuya) berpeluang untuk bertemu keluarga kekasih mat sallehnya, Rose (Allison Williams) untuk pertama kali. Awalnya, mereka bergurau tentang bagaimana keluarga Rose akan ada tanggapan terhadap Chris sebagai lelaki berkulit gelap. Pelik-pelik la lawak orang putih ni.

Tetapi lama-kelamaan, keluarganya makin berperangai aneh dan Chris menyedari bias perkauman mereka hanyalah sebahagian dari rahsia yang jauh lebih besar.

Pelajarannya di sini? Sekiranya anda dipaksa pergi ke rumah pasangan baru, PASTIKAN anda ada backup plan untuk melarikan diri.

  1. Ready or Not

Dah kahwin, gila pulak semuanya. Selepas mengahwini Alex (Mark O’Brien), Grace (Samara Weaving) tiba-tiba terpaksa mengikuti upacara untuk pasangan pengantin yang tersangatlah pelik. Tradisi-tradisi zaman purba dan suami baru anda pula buat perangai yang tak disangka – dan tidak menolong anda langsung!

Yang penting, dalam filem ini, Grace ini pandai menjaga diri sendiri!

0 views0 comments