• Jonathan Shiek

2PM Bakal Buat Kemunculan Semula!

Akhirnya, kumpulan K-Pop telah umumkan untuk buat kemunculan semula pada tahun ini. Setelah sekian lama menyepi dari dunia industri muzik K-Pop dan mahupun ahli 2PM sendiri sibuk dengan hal peribadi mereka.

Seperti kita tahu, ada diantara ahli mereka yang kini sedang giat berlakon dan memfokuskan karier masing-masing. Kini, kumpulan 2PM memberikan kita berita gembira menerusi akaun Twitter rasmi mereka baru-baru ini.

2PM, 6人 완전체 컴백 준비 중…"2021년 꽉 채우겠다" https://t.co/d2pAgDXCjl#2PM #투피엠 — 2PM (@follow_2PM) January 14, 2021

Menurut 2PM mereka akan kembali aktif selepas kepulangan Junho yang tak lama lagi bakal tamat latihan ketenteraannya pada 20 Mac ini. “Dengan kehadiran kesemua anggota kumpulan, maka kami berenam akan mula menghasilkan content berkualiti buat peminat. Kami akan memeriahkan industri muzik dan nantikan kemunculan kami pada tahun ini!” tulis di ruangan Twitter 2PM.

Kumpulan 2PM pernah menjadi popular pada sekitar tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 pada ketika itu. Dengan pembawakan lagu-lagu hebat dari kumpulan ini seperti Again-Again, Hearbeat, I’ll Be Back dan Hands Up.

Sama- sama kita menantikan kemunculan 2PM semula pada tahun ini.

Sumber artikel asal Gempak

#2PM

0 views0 comments