• Syaziyah Md Sharif

25 Artis Dan Penggiat Seni Veteran Mula Diami PPR

Updated: Oct 4, 2021

Seramai 25 orang artis veteran dan anak seni bakal menghuni rumah yang lebih selesa atas inisiatif FINAS yang terletak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang 2, Petaling, Selangor, baru-baru ini.

Lebih menggembirakan, bagi sesetengah penerima, rumah disediakan bakal menjadi tempat penyatuan keluarga apabila anak yang selama ini menetap berjauhan termasuk di negeri lain, dapat kembali tinggal bersama.

Selepas menerima surat tawaran menyewa unit PPR pada September lalu, artis veteran yang mendapat tawaran program Perumahan Komuniti Seni Prihatin atas inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), lega boleh menetap di kediaman baharu.

Tambah bersyukur apabila penerima unit PPR di Lembah Subang 2 itu turut menerima barang keperluan seperti peti sejuk, mesin basuh, almari, katil, televisyen (TV) dan sebagainya.

Antara artis yang menerima bantuan itu adalah Alina Hassan, Ayati Tasrip dan Noralbaniah.

Sumber: Kosmo

0 views0 comments