• Jonathan Shiek

21 Kes Positif Covid-19 Sebabkan Kluster Majlis Hari Keluarga Di Sabah

Kluster Taman Ikan Jinak adalah disebabkan sebuah perjumpaan ahli keluarga dan sehingga 17 Januari lebih 21 kes positif telah dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, majlis yang berlangsung di Kota Belud, Sabah itu turut dikesan di daerah Tuaran.

“Kluster berkaitan majlis hari keluarga ini melibatkan daerah Tuaran dan Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138,292) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan indvidu bergejala.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis berkenaan yang telah diadakan di Taman Ikan Jinak Melangkap Tiong, Kota Belud.

“Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” memetik kenyataan media beliau pada Ahad.

Sumber: Astro AWANI

#covid19 #sabah

0 views0 comments