• shafika9

200 Teksi Yang Terbiar Di Bangkok, Kini Dijadikan Kebun Sayur

Agak unik juga idea menanam sayur atas kereta

Kredit foto: Astro Awani


Terdapat ratusan teksi yang kini terbiar di sebuah tempat letak kenderaan di Bangkok, Thailand dan telah diubah suai menjadi kebun mini sayur-sayuran. Inisiatif dilakukan ketika ramai pemandu teksi terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.


Banyak seperti tanaman sayur-sayuran antaranya daun bawang, terung dan cili tumbuh subur pada batas tanah diperbuat daripada bulu di atas bumbung dan bonet teksi terbiar tersebut. Dianggarkan 200 buah teksi diparkir di sebuah tapak letak kenderaan di kawasan Koperasi Teksi Ratchpruek di Bang Waek Road sejak setahun lalu.


Semua teksi ditinggalkan oleh pemandu yang tidak lagi mampu untuk menguruskan kendaraan tersebut disebabkan pandemik COVID-19 yang kian melanda. Melalui cara menanam ini, serba sedikit dapat membantu dari segi perniagaan untuk membantu pemandu teksi yang terkesan dengan pandemik ini.


Sejak pandemik COVID-19 melanda Thailand tahun lalu, pemandu teksi menderita krisis kewangan. Malah, pendapatan mereka merosot akibat kekurangan penumpang sementara hutang juga bertambah.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


8 views0 comments