• Jonathan Shiek

20 Buah Rumah Musnah Terbakar Di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya

Kira-kira 20 rumah musnah dijilat api dan berpuluh rumah lagi dijangka akan terbakar dalam kejadian di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya semalam.

Api dikatakan mula marak memusnahkan beberapa rumah kira-kira pukul 8 malam tadi, sebelum merebak hampir ke seluruh perkampungan atas air berkenaan.

Difahamkan, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga terpaksa menggunakan bot bagi membawa peralatan memadam api ke lokasi kejadian.

Menurut sumber, ratusan penduduk juga dilihat terpaksa menaiki bot secara beramai-ramai bagi menyelamatkan diri dan harta benda.

Malah katanya, ada juga yang dikatakan terpaksa terjun ke laut bagi menyelamatkan diri masing-masing.

“Penduduk yang berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki bot dikatakan bergerak ke kawasan selamat di pulau berkenaan.

“Kebakaran juga mengakibatkan berlakunya beberapa bunyi letupan yang berkemungkinan berpunca daripada tong gas yang terbakar,” katanya.

Sumber: Kosmo

0 views0 comments