- shafika9
2 Beradik Sengau GrabFood Hantar Makanan Pada 12.30 Pagi
Updated: Sep 24, 2021
Kisah dua beradik yang bekerja sebagai GrabFood hantar Durian Musang King kepada pelanggan lewat tengah pagi menjadi tular di laman media sosial baru-baru ini. Menurut dari Nur Farina Binti Abdullah di laman Facebooknya, berkata “Rider berkenaan adalah 2 beradik sengau dan seorang lagi sumbing, mereka bekerjasama melakukan kerja salah seorang membawa motor manakala pembonceng pula mengalas beg Grab.”
Dua pemuda ini bernama Syafiq dan Amirul mereka pernah bekerja pekerjaan lain sebelum ini tapi terpaksa diberhentikan akibat pandemik COVID-19. Syafiq pernah bekerja di tapak pembinaan, manakala abangnya Amirul pernah bekerja di hotel sebelum mereka berubah pekerjaan menjadi rider GrabFood.
Berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV) di halaman rumah mereka, dua beradik tersebut mereka diuji dengan pelbagai dugaan seperti masalah tayar motosikal dan sesat jalan ke rumah pelanggan tersebut. Kelewatan mereka berpunca dari masalah tayar motosikal mereka yang kekurangan angin. Pelanggan tersebut dengan baik hatinya meminjamkan pam angin tayar bagi mengisi angin pada lewat tengah malam. Malah, pelanggan terbabit memahami masalah yang mereka hadapi.
Bagi yang ingin membantu kedua beradik ini, korang boleh hulurkan bantuan melalui sumbangan di bawah ini ya:
CIMB BANK : 7055619186
AMIRUL HAFIZAN BIN ROSLI
No Whatapps: 01124053267
No Telefon : 01161773446
Sumber dari artikel asal MStar