• Jonathan Shiek

182,520 Tambahan Dos Vaksin COVID-19 Akan Tiba Hari Ini

Malaysia akan menerima lagi 182,520 dos tambahan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada hari ini sebagai tambahan kepada 312,390 dos yang sedia ada tiba pada Ahad lalu. Menteri Sains, teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Twitter berkata, penambahan vaksin ini akan diagihkan ke seluruh negara termasuk negeri belum menerima bekalan vaksin itu lagi. 

“Ia akan diagihkan pada hari ini dan esok. Mana-mana negeri yang belum menerima vaksin ini akan mendapat bekalan melalui penghantaran tambahan ini,” katanya. Khairy Jamaluddin juga meninjau simulasi PICK yang turut disertai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di Kementerian Kesihatan di sini.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments